Thursday

Sedarlah siapa diri.



Ketika aku berjalan terus ke suatu arah yang tak tertentu tujunya pada hari ini ketika dan saat ini, diwaktu hening malam tiba aku di suatu jalanan yang asing ..aku berkata dalam hatiku “Mereka tidak layak. Tiada kebaikan yang pernah saya dapat daripada mereka,” Namun persoalannya “Apakah kita hanya perlu berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepada kita?”



“Logiknya begitulah. Buat baik kepada yang baik. Buat baik dibalas baik. Adat alam berkata begitu, ada pula yang berkata “hukum karma” . Tak tahulah mungkin kita terpengaruh dengan istilah dalam agama buddha akan peristiwa ini. Amat menarik definasi tentang “hukum karma” ini. Aku berminat untuk menyelidikinya.  ” Soal hati sangat relatif. Hati manusia berbeza-beza. Sedangkan kebaikan dan kebenaran adalah mutlak. Dan inilah asas agama. Aku perlu merujuk kepada agama. Maksudnya kepada Dia, maka barulah nanti rasa hati kita tepat dengan kebenaran dan kebaikan yang sebenar.”
Harapan agar jiwaku terus tenang. Berfikir, mungkin kita terfikir beberapa kisah. “Pernah dengar bagaimana kisah seorang pelacur diampuni Dia kerana memberi minum anjing yang sangat kehausan?” Lalu aku mengangguk tanda akur. “Masih ingat bagaimana Rasulullah SAW menziarahi wanita Yahudi yang sering meletakkan duri dan najis di jalan yang baginda sering lalui?” Aku pon mengangguk lagi. “Pernah baca sejarah ketaatan dan kebaikan Siti Asiah sebagai isteri kepada suaminya Fir’aun Laknatullah? “ Lalu berkali-kali aku mengangguk tanda sangat akur. “Apakah maksud dengan kisah-kisah itu?”
“Kisah itu… kisah saya dan kisah awak! Dalam hidup, Dia menyuruh kita berbuat baik. Dan suruhan berbuat baik itu Dia tidak bataskan hanya kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apalah kebaikan yang pernah diberikan oleh anjing kehausan itu kepada perempuan lacur tersebut? Apalah kebaikan wanita Yahudi yang sering menyakiti Rasulullah ? Dan Firaun suami Siti Asiah itu hakikatnya adalah sejahat-jahat manusia. Namun… kejahatan mereka itu dibalas oleh kebaikan… “ … Payah, hati kita tersiksa, terluka dan kecewa. Kita telah dizalimi, macam mana nak balas baik lagi ? “Itulah salahnya kita… hanya asyik memikirkan kita. Buat baik pun kerana kita, bukan kerana Dia.” “Apakah maksudnye yer.?” … Iya lah “Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu ertinya kita buat baik kerana diri kita… bukan kerana Dia.” Lalu aku pon kurang paham apakah maksudnya …
Aku tertunduk malu atas diriku sendiri kerana kejahilan ku itu “Apabila kebaikan telah kita rasai, maka timbul rasa nak membalasnya. Baik dibalas baik. Itu kerana diri kitalah. Tapi kalau kerana Dia… lain.” “Apa pula lainnya?” “Kita tetap buat baik, walaupun tidak dibalas baik.  Sekalipun kepada orang yang tak buat baik kepada kita…” “Amat susah dan hati ini menolak.” “Hati ini lagi? Kan masih terikat dengan ‘hati’. Ketepikan diri kita. Buatlah baik atas dasar itu perintah Dia. Walaupun kebaikan kita tidak dibalas. Walaupun orang yang kita buat baik itu bukan orang yang baik. Itulah ikhlas. Bukti kita tak harapkan apa-apa balasan kecuali keredhaan Dia.” “Jadi, awak rasa mereka layak menerima kebaikan dari saya?” “Mereka layak. Dan awak wajib memberikannya, “ .. “Walaupun dia menyakitkan hati kita?” “Jangan terikat kepada kebaikan atau kejahatannya lagi. Tetapi ingatlah kepada Dia. Dia wajibkan kita berbuat baik…”
“Maksud awak, buat baik kerana Dia?” “Ya begitulah.” “Aneh sungguh, orang jahat boleh jadi saluran kita kepada Dia.” “Ya, bila kita melayani orang jahat dan kejahatannya dengan satu kebaikan.” “Apalah hikmah agaknya ya… bila Dia perintahkan begitu?” “Tentu banyak. Antaranya, kebaikan akan menyebabkan orang jahat menjadi insaf dan sedar.” “Macam mana tu?” … “Kembali kepada kisah-kisah tadi. Bukankah perempuan Yahudi yang jahat itu akhirnya tunduk dengan kebaikan Rasulullah saw dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah? Itu bukti, bagaimana orang jahat boleh jadi baik apabila dihadapi dengan kebaikan.” “Jadi, menurut awak, tidak mustahil mereka juga akan berubah jika kami berikan kasih-sayang kepada mereka.”
“Mereka bukan akan berubah. Sebenarnya mereka dah berubah. Dan sebaik sahaja awak berbuat baik awak pun akan berubah.” “Berubah macam mana?” “Hati awak akan menjadi tenang dan lapang. Kemarahan, dendam dan kekecewaan selama ini akan terpadam. Memaafkan, akan melegakan bukan sahaja pada mereka yang menerimanya malah awak yang memberinya juga. Percayalah. Itulah yang akan memberikan erti kemanisan iman.” “Tak sangka, bahawa ada diantara jalan mendekatkan diri kepada Dia kadang-kadang ada pada orang yang derhakakan-Nya. Hakikatnya kejahatan juga boleh dijadikan kebaikan bila…” “Kejahatan dibalas dengan kebaikan. Itulah maksud sabda Rasululah saw, buatlah baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kamu! Berbaiklah dengan mereka. Berikan kebaikan dengan tulus dan ikhlas. Berikan mereka peluang membetulkan kesalahan lampau!” Apakah aku tidak sedar lagi bahawa balasan terhadap kejahatan, penipuan mereka terhadap aku, menista dan apa-apa yang telah mereka lakukan terhadap bukan hak aku untuk membalasnya dengan kejahatan ???… melainkan Dia yang maha Esa.
Jadi biarkan lah mereka dengan keinginan mereka .. mempermain dan atas kepura-puraan mereka. Biarkan sahaja… kalau itu boleh memberikan kebahagiaan.. aku akan tetap tenang dengan situasi itu kerana ku tahu setiap apa yang berlaku itu telah ditetapkan dan Dia tidak akan membiarkan aku menanggungnya sekiranya memang aku tidak mampu menggendongnya. Mudah-mudahan.


Copied from : Riwayat

No comments: