Friday



-Reciting the shahada for the first time.
-That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen.
-That feeling when someone you don't know gives you that little smile, nod & salaam, just because you're a Muslim.
-Having your plans ruined and realising that it is for the better.

-Making a donation secretly so that no-one knows about it except Allah SWT.
-That awkward moment when your hijab tail whips you in the face.
-The feeling you'll have a great night after you've read isha.
-The feeling that you'll have a great day after you've read Fajr.
-Trying to go back to sleep after fajr salaah.
-That feeling when you give or do more than usual. Even a smile is charity.
-Doing small deeds like putting a pound every day in the sadaqah searching for tremendous rewards.
-Love that feeling of walking into the masjid for Salaah. Complete inner peace & strength.
-That feeling of anger, pain or sadness and then letting it go for the sake of Allah SWT.
-The walk to the masjid for salaah feels great, because it's a walk of purpose.
-The feeling of satisfaction after reading salaah in an inconvenient place while working or travelling. 



Via @IslamicMoments

Tuesday

PAY NOW, PLAY LATER. - Dunia diumpamakan sebagai tempat "membayar", akhirat nanti tempat "berseronok" - Ust Pahrol Juoi.

Monday

Wahai Anak,
Dengar....
Bertaqwalah kamu kepada Allah,
Kerana itu akan membawa seluruh dunia kepada kamu.
Cintalah Rasulullah,
Kerana itu akan membuat dunia lihat hebat diri kamu.
Bacalah Al-Qur'an,
Kerana itu akan menjadi teman buat kamu.
Banyakkan Selawat,
Kerana itu akan membuatkan rasulullah cinta kepada kamu.

Ikhlaskan diri mu,
Sabarlah kamu,
Istiqamahlah anak ku.
Kerana,
Kata Rasulullah,
Bagi Allah itu ada ahlinya,
Dan Ahli Allah adalah Hamlatul Qur'an, Itu adalah kamu.
Kamu dalam usaha menjadi Ahli Allah.
Jangan kamu tergamak mengundang benci Allah.
Jangan kamu selesa di dalam murka Allah.
Kerana,
Allah itu adalah Allah, Tiada tuhan melainkan Allah.
Azab Allah sangat dahsyat.

Wahai Anak,
Dengar...
Kamu anak-anak yang hebat,
Kamu anak-anak yang kuat,
Kuat semangat,
Banyak selawat,
Tingkatkan zikir munajat,
Pohon ampun doa dipanjat,
Buat Allah, Tuhan alam sejagat.
Redho kami para ustazah dan ustaz,
bersama kamu dari dunia sampai akhirat
Ingat,
Ini pesanan ringkas dan singkat,
buat tatapan, renungan kamu sepanjang hayat.
Doa kami, ustazah dan ustaz,
Agar bahagia, cergas dan sihat,
Untuk terus berbakti kepada umat,
Agar terus membimbing kejalan selamat,
mengikut jejak rasul dan sahabat.
Semoga kita bersama mendapat berkat,
Redho dan syafa'at,
di hari kita berhadapan dengan Allah yang hebat.
Insyallah,selamat.

by Don Daniyal Don Biyajid

Sunday

Christmas??

-via Syahirul

Dear Husband :)



Dear Husband ♥

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah..
I will dress up for you. I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah.. I will have children with you & I will raise them to be the best they can be. I will be the best mother, InsyaAllah..
All this - as long as you promise me one thing..

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥ ^___^



-via Syahirul.
Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik.. Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain.. Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.. Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri. - via Syahirul.

Thursday

Buat Bakal Suami ku...=)


Buat bakal suamiku...
di atas tikar sejadah ini
ku mengukir sebuah doa
ku mengukir sebuah harapan
ku mengukir sebuah permintaan...

Doaku,
agar engkaulah yang terbaik sebagai imam dalam hidupku
agar engkaulah yang terbaik sebagai pendorong hidupku
agar engkaulah yang terbaik sebagai kekuatan buatku
dan...agar engkaulah yang terbaik buatku selamanya

Harapanku,
agar kau bersamaku dalam perjuangan agama-Nya
agar kau bersamaku dalam membesarkan mujahid dan mujahidah di jalanNya
menghantar mereka menjadi hafiz dan hafizah
agar kau bersamaku hingga ke syurgaNya
dan...agar engkaulah yang terbaik buatku selamanya


Permintaanku,
agar kau menerima diriku seadanya
agar kau tidak hanya menghargai apa ada pada luaranku
agar kau tidak membenciku kerana kelemahan dan keburukanku

Kerana...
aku bukanlah wanita sehebat saidatina khadijah
aku bukanlah wanita  sepintar saidatina aisyah
aku bukanlah wanita setabah asiyah
aku bukanlah wanita secekal siti maryam
dan......
aku bukanlah sehebat si dia yang pernah menjadi tarikanmu...
aku hanyalah muslimat biasa yang berusaha menjadi solehah..
terimalah aku seadanya....
bukan kerana apa yang kau lihat semata
tapi...
kerana baik dan buruk yang ada pada diriku sepenuhnya.. - via Insyirah
Dicintai = memohon = mengharap = harus sedia kemungkinan untuk kecewa. 


Namun.... mencintai = bersyukur = memberi = tidak perlu sedia dengan kemungkinan untuk kecewa.

Pilih yang mana satu... terserah! :) - via Insyirah

Jom berkongsi dan beramal! =)

Betapa ramai yang mampu menimba ilmu agama dan juga pengetahuan, betapa ramai yang mampu berkongsi dan menyebarkannya sesama insan.. Namun berapa ramai yang mampu mengamalkannya didalam kehidupan seharian?

Kekadang menyebarkan ilmu mudah, tetapi untuk mengamalkannya kekadang susah. Maka ikhlaskanlah diri mencari dan menyebarkannya, semoga ia juga memberi kesan kepada diri kita untuk mengamalkannya, berkat dari kerahmatan Allah Ta'ala kepada hambaNya yang ikhlas keranaNya, insyaAllah. - via Syahirul

Ingat Mati...

Ingat mati.. ingatlah mati.. selalu kena ingat tentang kematian.. penghapus segala kesedapan dunia.. penamat kehidupan fana.. penamat penipuan dunia.. ingat akhirat.. kehidupan kekal bermula di sana.. - via Syahirul

Suri Rumah? =)

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! - Via Syahirul

Andai Allah itu....

Andai Allah itu datang sebagai seorang sahabat, PASTI Dialah sebaik-baik sahabat..sering ada di kala susah apetah lagi senang..sering ada masa walau Dia sibuk dengan urusannya, pasti Dia tetap menemani sahabatnya untuk spend time bersama..sering dapat menolong dan mnyelesaikan ketika ada masalah..

Andai Allah itu hadir sebagai seorang ayah, PASTI Dialah sebaik-baik ayah..menggembirakan hati seorang anak, mentarbiyah anak gadisnya menjadi mawar berduri..mentarbiyah anak lelakinya menjadi mujahid berhatikan perjuangan ISLAM yang sibuk dengan hal dakwah..

Andai Allah itu hadir sebagai seorang ibu, PASTI Dialah sebaik-baik ibu..sering meluangkan masa bersama anak-anaknya..menjadi tempat luahan anak-anaknya bercerita suka dan duka..menjadi pendidik anak gadisnya menjadi solehah dan anak lelakinya menjadi mujahid berhatikan dakwah..

Aku sentiasa berdua dengan Allah kerana Allahlah sebaik-baik tempat mengadu..Dia tidak pernah berkira, tidak pernah marah, tidak pernah menunjukkan suka..segalanya rahsia tetapi terungkap dengan ilham taqwa daripada-Nya dan aku tahu Dia sentiasa hadir dalam hatiku..Allah - v
ia Insyirah.

=)

"Banyak mata yg berjaga malam, banyak pula yg tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan. Kelmarin, Tuhan telah membantumu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kpd Allah." - IMAM SYAFIE 
Ya Allah, if I hurt others, give me the strength to apologize. If people hurt me, give me the strength to forgive. Ameen. - Finaz Yunus.

Wednesday

"Saya tak suka pakai seat belt. Rasa malas dan rimas gilerrrrrr. Tapi, bila pakai seat belt, saya rasa SELAMAT. Sama lah dengan situasi apabila saya menutup aurat." - One of the script yang saya dengar dalam 1 drama di Astro Oasis malam semalam. Tak silap, nama drama tersebut "Kau berjanji, aku berzanji". Rasanya lah. Tak berapa ingat. Tapi sebabnya ada skrip tu adalah bila seorang perempuan tua bertanya pada ustaz muda kenapa dia masih takde perasaan/rasa nak menutup aurat. Itulah jawapan yang diberi ustaz. Simple tapi sangat-sangat meaningful. :)
“You are here now, but never forget what He saved you from. There are people around you now. But never forget that it used to be just you…and Him. You have been given status today, but never forget where you came from. You came from dirt and will return to dirt. And you will be on that day as you began: just you…and Him.” - My beauty is for my husband to see, not the world.
‎"I Don't Want The Relationship Romeo & Juliet Once Had, I Want The Relationship That Khadijah RA & Prophet Muhammad (sallallahu alayhi wasallam) Had" - My beauty is for my husband to see, not the world.
"Tapi Allah Melihat.".. Hidup dengan pegangan ini please...Lots of problems can be solved. - Wardina Safiyyah OfficialPage

Friday

Single means, u are indipendent. When things happen, they are no man that u can rely on, but suddenly out of no where, Allah send u stranger to solve things out. These happen to me, almost every time. Yes, indeed it can be anyone. Because deep down inside, i'm praying. - Iejan :)

Tuesday

I'll be waiting ^^

"Jika dirimu sekarang sedang menunggu seseorang untuk menjalani kehidupan menuju redha-Nya, maka bersabarlah.
Demi Allah, dia tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan.
Tetapi dia datang kerana panggilan hatimu yang inginkan pendamping bagi menemanimu menuju redha Allah.
Namun Allah lah yang menggerakkan hatinya. 
Simpanlah segala bentuk ungkapan cinta & KUNCI hatimu rapat-rapat hanya untuknya kerana Allah akan menjawabnya dengan lebih mudah di saat yang tepat pada waktunya."


Insyallah :)
(Tak ingat copy dari fb siapa. Randomly copy n paste.)

Saturday

Hukum 'Chatting', Facebook Chat Dengan Bukan Mahram

Copied from ILUVISLAM

Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada 'chatting' atau perbualan-perbualan melalui facebook, email dan sebagainya. Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting; cuma sembang-sembang dan menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka.
Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam siber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini.
Gadis Muslimah
Terima kasih atas pertanyaan itu.
Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini,
Sebagaimana yang kita  maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan 'chatting' baru muncul dan popular beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui jaringan internet. Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum 'chatting' ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan.
'Chatting' dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Iaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini  juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum 'chatting' itu sendiri.
Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.
Kedua, adalah hukum khalwat.
Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandungi kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.
Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah SAW berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda iaitu Saidatina Aisyah RA.
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:
"Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik". (QS. al-Ahzab: 32)
Imam Qurtubi menafsirkan kata  'Takhdha'na'  (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita.
Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.
Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Iaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.
Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.
Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya:
"Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.
Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud:
"Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya." (Hadis Sahih)
Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui  telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa
Dan  haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda-mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu di antara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata. Membincangkan perkara-perkara lucah lebih-lebih lagi hukumnya adalah haram.
Kesimpulan :
Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwat. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.
Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam  mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Na'uzubillah.
Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram, namun di alam siber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara'. Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.
Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.
Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini.
Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yang terdiri daripada para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama iaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya. Semoga dengan itu Allah akan menurunkan rahmah-Nya kepada kita semua.
Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.
Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.
Wallahu a'lam.
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, IKRAM Johor

Wednesday

Berhenti menipu, boleh?

Article copied from : ILUVISLAM

Banyak kali kau ulang ikrar kau kata tak nak buat lagi dah, konon-konon tak nak buat perkara yang sama selama-lamanya, tetapi kau masih buat juga.

Banyak kali kau cakap nak berubah, tapi tak berubah-ubah.

Banyak kali kau janji nak pegang kuat-kuat. Tapi, apa sudah jadi? Janji entah ke mana, engkau entah di mana!

Berhenti menipu boleh tak? Kau bijak berkata-kata bila orang tanya.

Engkau kata :"I hate liars!", tidak pula kau laungkan "Aku paling pantang dengan penipu!"

Takkan kau hanya pintar mengatur baris merungkap kata je? Hari-hari kau sebut ayat yang bermaksud ini:

"Sesungguhnya sembahyangku ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam."Sedarkah kau setiap kali kau menyatakan ayat ini kau sebenarnya sedang membuat janji?

Dan sesungguhnya janji kau kepada Allah itu adalah besar dan wajib kau penuhi?

Tetapi di mana perginya semua janji-janji kau?

Bila kau diberi ujian sedikit, kau mula menyalahkan takdir. Bila kau ditimpa musibah, kau mula persoalkan kenapa orang lain tidak mengalami musibah yang sama?

Saat itu kau tidak menyedari lidahmu lancar mengutuk Sang Pencipta Yang Maha Esa.

"Kenapa Allah buat macam ni? Aku benci hidup ini!" Itu lah kata-kata yang acapkali kau jeritkan ketika kau susah.

Tetapi sedarkah kau sedang membuat salah yang besar kepada Allah?

Mungkin kau kata, bila kau buat salah kau sentiasa bertaubat, tetapi kenapa kau ulang balik kesalahan kau?

Agak-agak lah kan, waktu kau bertaubat dulu, kau minta pengampunan sebab apa? Sebab nak hapus dosa dan nak masuk syurga je? Kau janji tadi, kau hidup kerana Allah. Kenapa kau tak minta pengampunan kerana nak kan keredhaan-Nya?

Oh mungkin kau fikir Allah kan Maha Pengampun. Ya, memang Allah itu Maha Pengampun. Sudah tu, kenapa engkau selalu ambil kesempatan?

Allah berfirman yang bermaksud:

"Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" ( 12 : 98)

Ya, ini bukti kukuh bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Tetapi adakah ini bermakna kau dibenarkan mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali? Tahu kah kau bila Malaikat Izrail akan datang untuk tarik nyawa kau? Macam mana jika sedang kau melakukan kemungkaran, nyawa kau ditarik?

Wahai diri, kenapa tidak kau jawab persoalan-persoalan itu? Kenapa kau terkelu?

Tidak malukah engkau hidup di atas bumi Allah walhal hidup kau masih bergelumang dengan dosa? Sedarkah kau hidup kau tidak mendapat rahmat dan barakah-Nya?

Selagi lagi tanganku menggigil, menangisi diri ini yang sangat kotor mengenangkan betapa peritnya azab Allah di sana nanti. Allah, Ighfir zunubi, Ya Ghafur. Ighfir zunubi.

-Artikel Iluvislam.com

Monday

Anda di mata Allah

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Sunday

Zina Mata

Mata yang merupakan anugerah Allah Azza Wa Jalla, boleh mendatangkan kemuliaan, tetapi juga boleh mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya, dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada sang Pencipta dan akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisi-Nya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, boleh juga mendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia jika dia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.


Di dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan ‘zina mata’ (lahadhat). Lahadhat ialah pandangan kepada hal-hal yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan dan juga sekaligus duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan bererti ia menjaga kemaluan. Barangsiapa yang menyalahgunakan pandangannya, maka manusia itu akan masuk kepada hal-hal yang membinasakannya.

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali R.A :

“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tetapi bukan pandangan yang kedua”.

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari melihat wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya kemanisan iman sampai hari kiamat”.

Penglihatan adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Penglihatan melahirkan lamunan atau khayalan, dan khayalan melahirkan pemikiran, pikiran melahirkan syahwat, dan syahwat melahirkan kemahuan, kemahuan itu lantas akan membuat terjadinya apa yang tidak sepatutnya terjadi.

Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Karena tak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat selanjutnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyiksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebagian saja tak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat mengherankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang ia lihat, panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.

Sebuah hikmah yang mengatakan, “Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus”.

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori walaupun setitik debu dosa yang akan mengantarkan dirimu kepada kebinasaan (Neraka), karena pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah untuk mengenal-Nya, dan kemudian beribadah kepada-Nya, menggapai ridho-Nya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu durhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, karena tidak dapat mengendalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.

Tetapi, karena matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan kekotoran,yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap Rabbnya.

Sama-samalah kita renungkannya..

Copied from : Imam muda Nazrul

Hati tenang bila ingat pada Allah

Sabda Nabi S.A.W, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?"

Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami."

Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah".
(HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah S.W.T, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah S.W.T, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Allah S.W.T.berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Copied from : Imam muda Nazrul

9 Golongan Orang Yang Solat.


Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.

Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi mereka sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang dan tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.

Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Copied from : Imam Muda Nazrul

P/S : Ya Allah, dari sini dapat saya lihat tahap saya di dalam golongan yang mana. Semoga perkongsian ini dapat membantu saya dan kalian memperbaiki mutu solat kita. Insyallah.

Masa Oh Masa!


Allah S.W.T berfrman ,"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita sebenarnya telah membuat sesuatu di dalam kehidupan.

Jika ianya berupa ‘negatif’ maka ianya menjadi DOSA di sisi Allah dan yang ‘positif’ pula maka ianya menjadi PAHALA.

Ia bagaikan dunia yang berpusing setiap hari, kita tidak sedar ianya berpusing tetapi kita hanya sedar bahawa telah berlaku perubahan malam dan siang atau pun perubahan ke atas musim-musimnya.

Suasana hariannya tetap sama tetapi sejarahnya cukup berlainan kerana setiap hari yang sama itu mempunyai peristiwa-peristiwa yang berlainan. Dan peristiwa yang berlainan inilah motif kita mengenang sesuatu yang lepas dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Namun, kita bukan penentunya kerana MASA adalah MILIK ALLAH dan ALLAH sahajalah penentu segala-galanya di dalam kehidupan. Justru, kehidupan itu bukanlah sesuatu yang olok-olok, malah bukan suatu permainan dan perjudian. Kehidupan adalah suatu perjalanan, suatu pelaburan, suatu amanah dan suatu iktiqad.

Apa yang kita kutip semasa hidup akan menjadi hasil tebusan di hari pembalasan. Jika banyak pulangan dari pelaburan ‘saham’ kita semasa hidup maka mudahlah bagi kita tetapi jika kurang, dan semakin berkurangan maka bersedihlah kita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.” (Maryam [19:39])

Oleh itu, ada baik nya kita bermuhasabah diri selalu untuk melihat di mana kita. Jika perlu MENANGIS maka MENANGISLAH DARI SEKARANG kerana MENANGIS KEMUDIANNYA sudah tiada kesannya.

Copied from : Imam Muda Nazrul

Bagaimana untuk KUSYUK dalam solat?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam berkata, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu mambasuh semua anggota wudhu' dengan air."

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Copied from : Imam Muda Nazrul

Musibah adalah penebus dosa bagi orang yang beriman

Dalam menempuh kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berdepan pelbagai perkara yang tidak diingini oleh semua manusia seperti musibah kehilangan insan tersayang, sakit, kemusnahan harta benda dan sebagainya.


Namun agama kita tidak menjadikan semua musibah itu sebagai perkara yang sia-sia. Orang mukmin yang bersabar dan reda dengan musibah tersebut akan diganjari dengan pahala daripada Allah S.W.T.

Setiap perkara yang menimpa seseorang berupa sakit, kesulitan, kesusahan, kesedihan atau keletihan, bahkan duri yang menusuk sekalipun, maka semua itu sebagai penebus dosa.Kemudian jika dia bersabar dan mengharap pahala maka di samping mendapat penghapusan dosa dia juga mendapatkan pahala atas kesabarannya dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Maka musibah-musibah itu merupakan penebus dosa bagi seorang yang beriman, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala :

Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).

Apabila musibah itu disebabkan oleh tangan-tangan kita, maka ini menunjukan bahawa musibah itu penghapus dan penebus dosa yang kita lakukan di masa lalu. Demikian juga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :

Tidaklah seorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesuliltan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali Allah akan menghapuskan dosanya karena musibah itu.(Imam al-Bukhari )

Maka kita hendaklah reda dan bersabar bila diuji dengan sakit, demam, letih dan sebagainya. Anggaplah itu semua penghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan saban waktu. Bersabarlah, jangan merungut dan tidak berpuas hati dengan ujian Allah S.W.T.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Copied from : Imam Muda Nazrul

Bila waktu telah berakhir - Opick


Bagaimana kau merasa bangga akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulangkan masa lalu


Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti teman sejati tingallah sepi


Iktiraf - Raihan


Lagu yg akan buat saya menangis tiap kali mendengarnya. Ya Allah, aku tak layak ke syurgamu tapi tak pula aku mahu ke nerakamu =(

Iman adalah anugerah dari Allah SWT


Hadis Al-Musayyab bin Hazn r.a katanya:

Rasulullah s.a.w menziarahi Abu Talib di saat-saat beliau tenat menghadapi sakaratul maut. Baginda dapati Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah turut berada di sana.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pak cik! Ucaplah Dua Kalimah Syahadat, aku akan menjadi saksi kamu di hadapan Allah s.w.t. "

Lalu Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah mencelah: "Wahai Abu Talib Sanggupkah kamu meninggalkan agama Abdul Muttalib? "

Rasulullah s.a.w tidak berputus asa malah tetap mengajarnya mengucap Dua Kalimah Syahadat serta berkali-kali mengulanginya. Sehinggalah Abu Talib menjawab sebagai ucapan terakhir kepada mereka bahawa dia tetap bersama dengan agama Abdul Muttalib malah enggan mengucapkan Kalimah Syahadat.

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Demi Allah, aku akan pohonkan keampunan dari Allah untukmu".Sehinggalah Allah menurunkan ayat yang bermaksud:

"Tidak dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun bagi orang-orang yang syirik sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri. Telah nyata bagi mereka bahawa orang-orang syirik itu adalah ahli Neraka."

Firman Allah bersempena dengan peristiwa Abu Talib yang bermaksud:

"Sesungguhnya engkau wahai Muhammad tidak berkuasa memberi hidayat iaitu petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi supaya dia menerima Islam tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya iaitu menurut undang-undang peraturannya dan Dia jualah yang lebih mengetahui siapakah orang-orang yang ada persediaan untuk mendapat petunjuk memeluk Islam"

Copied from : Imam Muda Nazrul

P/S : Iman tidak dapat diwarisi walaupun dari seorang ayah yang bertaqwa.

Di tangan manakah kita akan menerima kitab amalan kita?

Semasa bersembahyang di dunia ini manusia akan mengangkat tangannya dan bertakbir. Di hari kiamat pula, tangan-tangan manusia akan terangkat untuk menerima suratan amal (kitab catitan amalan) yang datang sendiri dari Arasy dengan kuasa Allah terus kepada tangan-tangan mereka.
Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya;

Allah S.W.T berfirman, "Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!" Haqqah [19] .

"(Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun." Israa [71].

Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing hati dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya;

Allah S.W.T berfirman, "Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku" Haqqah [25]

Copied from : FB Imam Muda Nazrul